Pages

Friday 6 September 2013

BERSAHABAT KERANA ALLAH

                                             
                                                 Bismillah Ar-rahman Ar-rahim


Sebelum memulakan perkongsian pada hari ini,saya ingin berpesan kepada sahabat-sahabat.Takut lah kepada Allah S.W.T dengan sebenar takut.Sebab ramai sekarang yang saya lihat di luar sana melakukan maksiat tanpa rasa segan silu.Manakah yang dikatakan berjiwa islam,anak muda kita meminum arak dikhalayak ramai tanpa rasa bersalah.Kuala Lumpur adalah satu bandar yang terkenal di pesara dunia.Tetapi kita boleh melihat remaja melayu,orang-orang tua yang dikatakan "islam" tetapi islam hanya pada i.c sahaja tak lebih dari itu.Keluar club,minum arak,berzina itu semua dianggap lumrah bagi diri mereka,sedangkan api neraka tunggu mereka untuk membinasakan diri mereka.Tajuk coretan saya pada hari ini ialah "bersahabat kerana Allah" yang dipetik daripada blog http://hnr318.blogspot.com/2010/03/bersahabat-kerana-allah.html.




Imam al-Nawawi dalam Riyadhussolihin menyebut dalam satu bab khusus “Kelebihanberkasih kerana Allah”, yang merujuk kepada persahabatan yang terjalin bagi mencari keredhaan Allah S.W.T. dan turut dijelaskan tentang persahabatan yang diredhai Allah S.W.T.

Beliau memulakan bab ini dengan dua ayat al-Quran iaitu ayat 29 surah al-Fath yang bermaksud “Muhammad iaitu Rasulullah dan orang yang bersamanya bersikap keras tegas terhadap orang kafir yang memusuhi mereka dan bersikap penyayang dalam kalangan sesame mereka (orang islam)”.

Satu algi ayat yang disebut beliau ialah ayat 9 Surah al-Hasyr yang bermaksud
“Dan orang ansar yang mendiami Madinah dan memiliki keimanan sebelum (berlaku penghijrahan) itu, mereka mengasihi orang Muhajirin yang datang berhijrah kepada mereka (madinah)”.

Selain itu Imam al-Nawawi juga ada menyebut 11 hadis yang berkaitan dengan tajuk ini.
Antaranya ialah sebuah hadis popular yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Musli iaitu tentang tiga sifat yang memungkinkan kita menikmati kemanisan iman. Pertama TIADA YANG LEBIH DICINTAI MELEBIHI ALLAH DAN RASULULLAH. Kedua, MENGASIHI SAHABAT KERANA ALLAH. Ketiga, MEMBENCI KEKUFURAN SEPERTI DIA MEMBENCI SEKSAAN NERAKA. Begitu sekali tingginya kedudukan persahabatan yang terjalin hasil keikhlasan mencari keredhaan Allah S.W.T.

BERSAHABAT KERANA ALLAH

Sebuah hadis lagi yang masyhur dibawa oleh Imam al-Nawawi ialah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim tentang 7 golongan yang akan dinaungi ‘Arasy di akhirat nanti. Antara 7 golongan itu salah satunya suka ditekankan di sini sabdanya “Dua orang sahabat yang bersahabat kerana Allah, mereka bertemu kerana Allah dan mereka berpisah juga kerana Allah”.

Persahabatan mereka tidak dicemari langsung apa-apa niat tidak baik atau kepentingan diri atau prasangka dan perbuatan buruk. Semoga kita dikurniakan persahabatan sebegini.

Dalam sebuah hadis lain Rasulullah S.A.W. member gambaran yang mendalam bagi mengukuhkan maksud hadis di atas, Hadis yang diriwayatkan oleh Muslim ini antara lain menceritakan tentang seruan Allah S.W.T. di akhirat nanti:
“Manakah orang yang berkasih sayang dengan sebab kemualiaan-Ku? Kerana hari ini Aku akan naungi mereka dengan naungan Ku pada hari yang tiada naungan lagi selain naungan-Ku.”

AllahuAkbar…
Begitu sekali seruan Allah S.W.T. dalam memberikan ganjaran kepada mereka yang berkasih-sayang dan bersahabat demi mencari keredhaan Allah S.W.T.

KASIH RASULULLAH S.A.W.

Sebuah lagi hadis yang dibawakan oleh Imam al-Nawawi iaitu tentang anjuran serta galakan untuk kita memberitahu sahabat bahawa kita mengasihinya kerana Allah S.W.T.
Hadis diriwayatkan oleh Abu Daud dan al-NAsa’ie, Baginda berkata kepada salah seorang sahabat bernama Mu’az bin Jabal: “Ya Mu’az, demi Allah, sesungguhnya aku mengasihi mu. Kemudian aku ingin berpesan, kepada mu jangan engkau lupa membaca selepas solat doa berikut (yang bermaksud): WAHAI TUHANKU, BANTULAH AKU UNTUK MENGINGATI-MU, BERSYUKUR KEPADA-MU, dan MENGELOKKAN IBADAH UNTUK-MU”.

Lihat bagaimana Rasulullah S.A.W. sendiri memberitahu Mu’az tentang kasih Baginda sebagai seorang sahabat. Kemudian sesudah itu Baginda menunaikan tanggungjawab sebagai sahabat dengan member pesanan berkaitan doa yang amat baik dibaca selepas solat. Itulah sikap seorang sahabat – ikhlas dan inginkan kebaikan dunia dan akhirat bagi sahabatnya!
Ya Allah, kurniakanlah kami sahabat yang mengasihi kami kerana-MU, kurniakan untuk kami kekuatan untuk mengasihi mereka dalam mencari keredhaan- MU dan bantulah kami untuk bersama mentaati-Mu. Amin, ya Rabbal ‘alamin.

Doa minta dikasihi Rakan-Rakan

Allahumma habbib ‘abdika ha za ilaa ‘ibadikal mu’minina wa habbib ilaiyal mu’minin ”
Maksudnya: “Ya Allah jadikanlah hamba-Mu ini dicintai pada hati orang-orang yang beriman, dan jadikanlah mereka mencintai orang-orang yang beriman”.

(rujuk kitab Mukhtasar Silah al-Mukmin, bab Fi Talab al-Du’a’. karangan Imam al-Zahabi)
Sumber: Solusi - Isu 7.

1 comment:

  1. LuckyClub: the Best Bitcoin casino site
    LuckyClub offers the best Bitcoin casino website - try your luck with a selection of online games and bonus offers, from Bitcoin casino games to ‎Promotions · ‎Features · 카지노사이트luckclub ‎Rewards · ‎News

    ReplyDelete