Pages

Saturday 7 September 2013

LATAR BELAKANG IBNU SINA


IBNU SINA siapa yang tidak kenal dengan beliau.Nama beliau terkenal sampai di barat.Dalam kesempatan ini saya ingin menceritakan tentang latar belakang beliau sebagai tokoh islam."Menuntut ilmu itu adalah difardukan oleh semua orang islam".Manusia yang tidak menuntut ilmu ia akan menjadi jahil atau bahasa kasarnya ialah bodoh mereka tidak dapat membezakan mana satu yang betul dan yang mana satu salah.


RIWAYAT HIDUP IBNU SINA

Nama beliau adalah Al-hussin Bin Abdullah Bin Hassan.Beliau dikenali sebagai "Avicenna" di barat,di lahirkan pada 370 H/980M di Afsyanah Bukhori,Turkistan.Setelah bapanya meninggal dunia,beliau  berpindah ke Khowarizmi,Jurjan,Raya dan Hamadan.bertugas sebagai pakar perubatan dauliyah raya dan penasihat agong Amir A'la Al-Daulah di Asfahan.meninggal dunia pada tahun 428H/1037M.


SIFAT PERIBADI IBNU SINA

Menguasai pelbagai bidang ilmu seperti perubatan,falsafah dan sastera.Mempunyai bakat kepimpinan yang tinggi sehingga dilantik sebagai perdana menteri.


PENDIDIKAN IBNU SINA

Mendapat pendidikan awal di Bukhori.Mempelajari Al-Quran Karim semenjak berusia 5 tahun dan menghafaznya ketika berumur 10 tahun.Beliau mempelajari limu Fikah dan Tasauf daripada Ismail Zahid,ilmu Hisab dan prinsip-prinsip Giometri daripada Mahmud Al-Masah,ilmu Falsafah daripada Abu Abdullah Al-Natili serta ilmu Sains dan ilmu Istronomi daripada Al-Biruni.semasa berusia 16 tahun beliau menguasai ilmu Perubatan tanpa bantuan guru.


FAKTOR MENCEBURKAN DIRI DALAM BIDANG PERUBATAN

1.Minat beliau yang mendalam terhadap bidang ini
2.Galakkan oleh Sultan Nuh Bin Mansur yang melantik beliau sebagai doktar istana pemerintah pada masa itu.


KETOKOHAN IBNU SINA

1.Penyakit Baru:Pengaruh kuman dalam penyakit,penyakit alahan,cacar.masalah pernafasan,penyakit kulit dan lumpuh.
2.BidangFarmasi:Menghasilkan ubat dan perskripsi yang kesemuanya berjumlah 760 jenis.
3.Meningkatkan Teknologi Perubatan:Mencipta ubat bius dan benang yang khusus menjahit luka pembedahan.

SUMBANGAN IBNU SINA KEPADA TAMADUN MANUSIA

1.Ilmu Pengatahuan:Beliau menghasilkan buku sebanyak 99 buah.
2.Perubatan Dan Falsafah:Dalam bidang perubatan beliau menghasilkan kitab Al-Qonun Fi Tib dan Adawiyah Qolbiyah yang telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa dan digunakan sehingga zaman moden.Dalam bidang falsafah pila,beliau menghasilkan Kitabu An-Nuja'a dan Al-isyaroh.

KEISTIMEWAAN IBNU SINA

Antara keistemewaan beliau ialah kemampuan beliau dalam mengabung jalin kesepaduan antara ilmu yang saling berkaitan bagi seorang doktar.Beliau jugak mampu menghasilkan ubat-ubatan dan mencipta alat-alat perubatan.

PENGARUH IBNU SINA DALAM BIDANG ILMU PENGATAHUAN,PERUBATAN DAN FALSAFAH

Al-Qonun Fi Tib telah diterjemahkan dan menjadi rujukan utama dalam bidang Perubatan di Universiti Perubatan Barat.sementara dalam bidang Falsafah,buku-buku dan beliau masih lagi dijadikan rujukan pelajar-pelajar Universiti di Malaysia dan Antarabangsa.Beliau memperkenalkan mitodi pemerhatian (observation) dan analisis.Berdasarkan mitodi inilah ilmu Perubatan berkembang maju hingga hari ini.Terdapat banyak Universiti Pendidikan di seluruh dunia terutama Perubatan mengabdikan nama beliau.

SANJUNGAN CENDIAKAWAN TERHADAP IBNU SINA

Dibarat beliau dikenali sebagai "Putar Ahli Fizik" (Prince of Physicians).anak-anak murid beliau menamakan beliau "Ketua segala Ketua".Profesor William Osler menganggap Al-Qonun Fi Tib sebagai buku Perubatan yang terkenal yang digunakan oleh para doktor lebih lama berbanding buku-buku yang lain.Beliau jugak menggelarnya "Medical Bible".

No comments:

Post a Comment